Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Mei 2011

Khutbah 27 Mei 2011 "Aku Terima Nikahnya"

Alhamdulillah, hari ini ana telah sampaikan khutbah jumaat di Surau Diri Jumaat, Taman Cicely Teluk Intan bertajuk "Aku Terima Nikahnya".. Teksnya di ambil dari http://e-khutbah.terengganu.gov.my/..

Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

Asslamualaikum wbt..

Maaf kerana tidak update blog ini semenjak tahun 2010.. Membina blog dan istiqamah dalam ber "blog" adalah dua perkara yang berbeza.. banyak peristiwa, aktiviti, sirah kehidupan, samada yang berkaitan dengan tugas sebagai Guru, hubungan dengan masyarakat atau kenangan-kenangan keluarga yang sepatutnya boleh dicatat di sini selama tempoh itu.. Tak juga dicatatkan.. Blog sentiasa dibuka, cuma jari jemari sahaja yang segan silu untuk memahat catatan-catatan.. Terkini Ana berjaya membimbing Kumpulan Nasyid Sekolah mendapat Naib Johan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Perak 2011.. Seronok kerana penat lelah diganjari Allah dengan kejayaan itu walaupun bukan Johan.. Johannya ialah Kumpulan Nasyid dari SMKA Sultan Azlan Shah (Yang memegang title Sekolah Kluster Kecemerlangan Bidang Nasyid) dilatih oleh mantan Jurulatih kumpulan nasyid sekolah Ana Ustaz Mohd Zulkifli.. Beliau telah ditarik ke sekolah Kluster kerana bakat dalam bidang nasyid.. kira hari tu lawan "tok guru" sendiri.. Alhamdulillah dapat nombor 2 belakang "tok guru".. Seronok juga kerana dapat melatih ahli kumpulan nasyid meletakkan matlamat untuk berdakwah Fi SabiliLlah, beristiqamah dan meningkatkan kualiti ibadah (terutamanya solat berjemaah di awal waktu) dan meningkatkan pergantungan kepada Allah.. itu yang lebih penting sebenarnya.. Apa-apapun Selamat Hari Guru untuk semua Guru.. Moga niat sentiasa ikhlas kerana Allah walau apapun cabaran yang mendatang..




Ana berkupiah putih bersama Pen. PPD Pendidikan Islam Hilir Perak dan
Ahli Kumpulan Nasyid IQ SMK Seri Perak Teluk Intan..AlhamduliLlah
 
wasslam